Selamat Datang
Ke Profile Sekolah Kami!!
-
Laman ini mengandungi
Visi dan Misi Sekolah ,Falsafah Pendidikan,Objektif Sekolah,Piagam sekolah
danakan menerangkan
sedikit sebanyak mengenai sejarah penubuhan sekolah kami serta
maklumat mengenainya... Jadi untuk mengetahuinya jom kita baca maklumat yang
terdapat dibawah...:-
 
MENJANA
INSAN CEMERLANG
MELALUI
KESEMPURNAAN PENDIDIKAN

MENJANA SUMBER YANG ADA
SECARA OPTIMUM UNTUK
MEMASTIKAN SEKOLAH DALAM
KEADAAN CERIA, SELAMAT DAN KONDUSIF
BAGI MELAHIRKAN
INSAN CEMERLANG DARI SEGI
SAHSIAH, AKADEMIK DAN
KOKURIKULUM SELARAS DENGAN FALSAFAH
PENDIDIKAN NEGARA
KE ARAH MEREALISASIKAN
WAWASAN NEGARA

endidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke
arah memperkembangkan lagi
potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan
insan yang seimbang
dan harmonis
dari segi intelek, rohani,
emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyrakat dan negara.



ASAL USUL NAMA KADOK
Sekolah
Menengah Kebangsaan Kadok ditubuhkan pada 1 Januari 1965.
Nama
asal Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok ialah Sekolah Menengah Rendah Kadok
dan nama ini digunakan sehingga tahun 1977. Pada tahun 1978 sekolah ini
dinaikkan taraf menjadi Sekolah Menengah Kadok dan pada 1998, telah diubah
kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok.
Nama
‘Kadok’ dicadangkan oleh Jabatan Pendidikan Kelantan dan terdapat dua
pendapat, mengapa nama itu dicadangkan iaitu :
(i)
Nama ‘Kadok’ diambil sempena nama pokok kadok yang banyak tumbuh di
kampung ini ;
(ii)
Nama ‘Kadok’ diambil sempena nama gelaran pahlawan dan pembesar
Melayu terkenal semasa pemerintahan Sultan Muhammad I iaitu Dato’ Kaya
Hulubalang Kadok. Nama sebenar beliau ialah Haji Abdullah, anak kepada
penghulu Abas dan beliau juga merupakan tokoh yang membuka kampung Kubang
Kadok yang kini dikenali sebagai Kampung Kadok.
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Pada peringkat awal penubuhan Sekolah
Menengah Kebangsaan Kadok pada 1 Januari 1965 hingga Ogos 1975. Pelajar
sekolah ini menumpangkan pelajar di Sekolah Rendah Kadok pada sesi petang.
Pada September
1976 semua guru dan pelajar Sekolah Mengah Kebangsaan Kadok mula Berpindah
ke bangunan sendiri yang terletek di kilometer 16, Jalan Kuala Krai.
Peringkat awal penubuhan sehingga tahun 1977, pelajar sekolah ini terdiri
daripada pelajar tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Mulai tahun 1978, tingkatan 4
aliran sastera mula dibuka dan sekolah ini dinaikkan taraf kepada gred C.
Pada tahun 1982,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok sekali lagi dinaikkan taraf kepada gred B
dan tahun 2002 diangkat ke gred A. Pengetua pertama di sekalah ini ialah Tn
Hj Hamzah B Hj Mahmud yang bertugas mulai 1 Januiari 1965 hingga 31 Ogos
1972.
Nama-nama
pengetua yang telah dan berhidmat di sekolah ini ialah :-

|